Berangkat menyertai Charity Pickleball Friendly and Pro Exhibition



​​

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Mohammad Hasif Matzin





BERAKAS, Jumaat, 9 Januari. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyertai perlawanan Charity Pickleball Friendly and Pro Exhibition yang dianjurkan bersama oleh Peak Club dan UNIKLEARN serta Imagine Sdn. Bhd. (Imagine) bertempat di Peak Sport Hub, Jaya Setia


Turut berangkat ialah anakanda-anakanda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raihaanul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.


Pada perlawanan berkenaan, Yang Teramat Mulia berkenan menyertai dua perlawanan mewakili kumpulan UNIKLEARN X PEAK.


Pada perlawanan pertama, kumpulan UNIKLEARN X PEAK menentang kumpulan Imagine, manakala perlawanan kedua pula menentang kumpulan Perbadanan TAIB.


Acara diteruskan dengan perlawanan Pro Exhibition di antara kumpulan Toi dan kumpulan Top Players in Brunei.


Sebanyak empat kategori dipertandingkan, iaitu Kategori Men's Doubles, Kategori Women's Doubles, Kategori Mixed Doubles, dan Kategori Beginners Mixed Doubles.


Bagi Kategori Men's Doubles, perlawanan akan berlangsung pada 11 Januari 2026, jam 2.00 petang; manakala Kategori Women's Doubles, juga akan berlangsung pada 11 Januari 2026, jam 9.00 pagi.


Sementara bagi Kategori Mixed Doubles, akan berlangsung pada 11 Januari 2026, jam 7.00 malam, manakala Kategori Beginners Mixed Doubles pula akan berlangsung pada 10 Januari 2026, jam 7.00 malam.

Close